Posts

Showing posts from August, 2015

Kebodohan

Senyuman yang terukir dibibir belum pasti sama seperti di dalam hati. Takala mengenang yang jauh diri ini sunyi. Sunyi seakan tiada bahu tempat ku sandarkan. Hanya bergantung pada kekuatan dari Illahi. Sungguh sakit.. menjaga hati rela diri disakiti. Jauh di dalam hati ini masih menantikan sebuah keajaiban dari Nya. Biarpun jauh di mata sentiasa diingati di hati. Harus memilih diantara dua, tiada jawapan dari ku.  Tak mampu lagi air ini mengalir keluar. Sungguh ku tidak kuat.. Lupa aku akan kasih seorang Ibu dan anak. Azam menjaga orang tua adalah impian setiap anak yang beriman. Ya Allah aku cemburu, sungguh! air mata ini keluar tanpa diminta, sebak hati ini..aku sunyi.. Hampir hilang senyuman yang sering diukir palsu. Dengan mengingat kembali ada yang insan yang diluar sana yang lebih memerlukan dari ku, buatkan aku tenang kembali.. Semua ini tidak semudah yang disangkakan. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata, hanya teka-teki yang bermain. Masih diri ini bersyukur atas nikm...

Mereka Sahabat

Image
Assalammualaikum, kawan, semua orang ada kawan malahan berpuluh ribu kawan, akan tetapi berapa ramaikah sahabat kita? Adakah ia melebihi dari 10 orang? Tidak? Ye? Itu kamu sendiri yang tetapkan. Sahabat pada aku, seorang rakan yang membawa aku ke jalan yang benar, yang akan selalu menasihati aku tika aku tersasar dari jalan yang benar dan juga sahabat yang menyayangi aku bukan saja di dunia malah di akhirat juga, in sya Allah..  Sahabat aku begitu jauh dari aku, hingga aku terasa sunyi sini, cemburu lihat rakan lain punyai rakan karib yang boleh berkongsi cerita, tapi tidak aku. Mereka jauh di sana. Jarak memisahkan kami. Tapi dengan kemudahan zaman IT itu semua bukan penghalang. Semuanya jadi 'kacang', 'celah gigi je la' hahah. Tapi kisah persahabatan kami ini aneh, tidak seperti kisah yang lain, kami jarang contact, berjumpa apatah lagi, setahun sekali belum tentu dapat jumpa. Tapi jauh di dalam hati, tidak pernah lupakan antara satu sama lain. Mendoakan yang t...

Hero Tersirat

Image
Kasih seorang bapa tiada yang boleh kalahkan, dia adalah hero, dia adalah superman, dia adalah lelaki yang akan aku bawa ke syurga kelak, in sya Allah. Dia adalah Abah aku. Walaupun pelbagai kenangan pahit aku bersamanya, itu tak mungkin dapat memutuskan talian darah yang mengalir dalam badan aku, cemburu aku takala melihat orang lain bermesra dengan bapa mereka sendiri. Melihat mereka ketawa bersama, sungguh bertuah. Ye aku punyai Abah, tipu jika aku katakan tidak sayang pada dia, sungguh aku kasih. Namun kasih yang sering saja diuji. Mujur aku bukan jenis gadis yang membuat keputusan melulu tanpa fikir panjang yang akan mengaibkan keluarga, Alhamdullillah arwah dan Abah berjaya mendidik aku. Walaupun mempunyai keluarga yang sederhana aku tetap bahagia. Namun jauh disudut hati aku ini, sunyi. Dulu arwah masih ada, tapi sekarang arwah sudah pergi menghadap Illahi, Hanya kasih Abah yang aku nantikan.Dahulunya aku sering dengar kata orang bapa egonya tinggi, aku tidak percaya ker...

Ogos

Ogos adalah bulan lahir arwah, ahad lalu aku pergi ke kenduri akikah turut disertai dengan bacaan yasiin untuk insan yang sudah pergi menghadap Illahi, Ibu buatkan untuk arwah Mak sekali, sewaktu yasiin dibaca sebak hati aku tak dapat aku ungkapkan, rindu yang teramat sangat, sewaktu marhaban, hati aku tersentuh akan kemerduan dzikir mereka. "Subhannallah.." itu saja yang terungkap di dalam hati ini. Tanpa aku sedar air mata aku mengalir. Kerinduan pada arwah semakin menebal. Ya Allah.. tidak aku lupa kemerduan marhaban itu. Aku bagaikan hayal, terawang-awangan mendengar dzikir itu, hingga tidak sedar ada mata yang memerhati..aduh, malu sudah. Heheh. Namun mereka hanya berdiam, tidak mungkin mereka mengerti hati ini, kerana masing-masing ada cerita tersendiri, sedih mahupun gembira.. Ramai tetamu yang hadir, alhamdullillah murah rezeki Ibu.. Senyuman aku terukir sepanjang kehadiran aku di rumah itu, rindu pada keluarga sendiri. Macam-macam ragam sepanjang aku disana. Dig...

Nur Ramadhan

Tiada siapa yang meminta untuk kehilangan orang yang kita kasihi, tiada siapa yang inginkan insan yang kita cintai pergi jauh, tiada siapa yang mahu merasakan kehilangan. Sama juga seperti aku, aku juga takut akan kehilangan, apatah lagi setelah aku kehilangan seorang insan yang aku amat kasih dunia akhirat, Mak. Namun ajal jodoh rezeki Allah telah tetapkan sewaktu kita di dalam perut lagi, jodoh akan datang pada kita sebagaimana ajal datang pada kita, tiap sesuap yang masuk ke dalam mulut kita juga Allah telah tetapkan, bukankah sebaik-baik rancangan itu adalah rancangan Nya? Jadi tiada sebab kita ragukan Dia yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Cuma jalan kita tentukan, jalan jahat kita pilih, jahatlah yang kita dapat. Tuhan Maha Penyayang, Maha Pengasih, Hanya Tuhan tempat kembali, dan hanya Tuhan yang mampu kembalikan kesedihan itu kepada kebahagiaan.  Pada umur 19 tahun Allah berikan aku ujian sebesar itu, Allah menguji tahap keimanan aku, Allah uji dengan Al...

MATAHARI

Selamat Hari Raya ku ucapkan pada semua rakan-rakan blog dan pembaca yang setia menanti kisah yang seterusnya. Apa khabar? Sihat, alhamdullillah, syukur pada Allah. Tak sihat? syukur juga pada Allah.  JULY-Ramadhan pada tahun ini kekosongan terasa begitu ketara, masing-masing sibuk dengan urusan dunia, seakan tiada waktu untuk bersama keluarga. Ya Allah rindunya aku pada ramadhan yang lepas...  tiada lagi bubur lambuk, tiada lagi keriangan waktu berbuka, semuanya hilang..hilang seperti dibawa pergi bersama arwah. Tiap kali aku pulang ke rumah tempat pertama aku akan pergi adalah dapur, aku tak pasti kenapa, seolah-olah aku mencari arwah di dapur akan tetapi itu semua hayalan aku. Teringat aku pada zaman kanak-kanak, pulang saja dari sekolah, aku akan cari Mak di dapur dan mula lah aku bercerita A sampai Z apa yang terjadi pada aku semasa di sekolah. Mak hanya mendengar, Ye, Mak adalah seorang pendengar yang setia, terumanya dengan aku, sebab kalau Mak buat tak endah aku a...