Hero Tersirat

Kasih seorang bapa tiada yang boleh kalahkan, dia adalah hero, dia adalah superman, dia adalah lelaki yang akan aku bawa ke syurga kelak, in sya Allah. Dia adalah Abah aku. Walaupun pelbagai kenangan pahit aku bersamanya, itu tak mungkin dapat memutuskan talian darah yang mengalir dalam badan aku, cemburu aku takala melihat orang lain bermesra dengan bapa mereka sendiri. Melihat mereka ketawa bersama, sungguh bertuah. Ye aku punyai Abah, tipu jika aku katakan tidak sayang pada dia, sungguh aku kasih. Namun kasih yang sering saja diuji. Mujur aku bukan jenis gadis yang membuat keputusan melulu tanpa fikir panjang yang akan mengaibkan keluarga, Alhamdullillah arwah dan Abah berjaya mendidik aku. Walaupun mempunyai keluarga yang sederhana aku tetap bahagia.

Namun jauh disudut hati aku ini, sunyi. Dulu arwah masih ada, tapi sekarang arwah sudah pergi menghadap Illahi, Hanya kasih Abah yang aku nantikan.Dahulunya aku sering dengar kata orang bapa egonya tinggi, aku tidak percaya kerana pada aku setinggi mana pun ego seseorang itu pasti akan kalah dengan kasih sayang yang diberi. Namun ego itulah yang sering mematikan hati aku perlahan-lahan. Aku tak tahu adakah aku salah, aku terlalu lembut kah, apakah? itu semua persoalan aku. Sakit yang terpendam sejak kecil ini yang makin buatkan hati aku mati. Tapi tidak aku biarkan itu berlaku. Ditengking diherdik dimarahi dihina itu semua aku sudah rasa. Itu semua sudah jadi makan aku, terkadang aku terfikir kenapa hanya aku? Aku bukan anak Abah kah? Kenapa asyik aku? Abah sangat pentingkan Math dan sungguh aku selalu gagal dalam Math, selalu jadi bahan bodohan dia. Tapi aku ambil sebagai cabaran, cabaran aku untuk buktikan aku tak bodoh! Aku buktikan dengan SPM, alhamdullillah Math aku dapat B+ dimana aku seroang yang tinggi dalam kalangan adik beradik aku. Bangga sekejap. hehehe. Tapi masa aku tunjukkan keputusan aku, tiada senyuman diwajahnya. Hati aku terdetik, adakah aku gagal lagi? Namun Mak berikan aku semangat.."Wah bagusnya anak Mak, pandai. Macam nilah baru Abah suka.. Nanti buat lagi baik..", Mak menangis, aku senyum melihat Mak gembira, Selepas Abah pulang dari kerja, aku tunjukkan keputusan padanya, tiada senyuman yang terukir.."B+ je?" katanya. Aku terdiam, didalam hati, ya Allah aku gagal lagi..tapi Mak datang berikan Abah keyakinan. Abah hadiahkan aku telefon binbit Samsung Corby warna pink, sungguh aku sayangkan pemberian itu, 18tahun aku cuba rapat dengan Abah, cuba buatkan Abah tersenyum walaupun tiada senyuman pada akhirnya aku percaya, Abah gembira dihati. Samsung Croby pinky itulah pemberian Abah pada aku yang pertama dan mungkin yang terakhir..

Hingga sekarang aku masih tidak putus asa dengan Abah, biarpun lepas kehilangan Mak, aku berkorban masa aku untuk menjaga Abah, menjaga rumah, jaga makan minum dirumah, aku dapatkan keputusan yang cemerlang sem ini, alhamdullillah aku dapat capai pointer 3.75, masih tiada senyuman di wajah Abah, dan masih aku tahu Abah senyum dihatinya..Kekadang aku cemburu takala Abah bersembang dengan rakan, saudara mara, dia senyum.. aku rasa ya Allah aku nak Abah senyum untuk aku, sekali pun cukuplah.  

Abah..kenapa Abah selalu buat kita? Kita akur semua kata Abah..Kita sayangkan Abah sangat, walaupun kita ada sejarah hitam yang tak mungkin kita lupa, tapi kita tak pernah rasa dendam dengan Abah.. Abah.. kita teringin nak peluk Abah macam kawan lain peluk Abah diorang.. Kalau Abah taknak peluk sebab segan tak apa, usap kepala pun kita okay jugak Abah.. 

Abah..satu hari nanti kita akan pastikan apa Abah anggap kita selama ni salah dan Abah akan tersenyum!! Abah..tolong berubah...

Walauapapun Abah ni, kita tetap bangga dengan Abah, Abah sanggup kerja keras cari duit untuk anak-anak Abah, walaupun Abah kehilangan sayap sebelah, tapi Abah, Abah ada anak-anak Abah yang selalu ada unutk Abah. Abah takkan pernah seorang, kalau dengan cara marah kita, Abah hilang sunyi, marahlah tiap hari pun, Kita okay je, janji Abah tak rasa sunyi. Abah..Abah adalah Abah yang terbaik dalam dunia ni!! 


Comments

Popular posts from this blog

Tekanan adalah Motivasi

Terima Kasih

Hard Time