Ogos
Ogos adalah bulan lahir arwah, ahad lalu aku pergi ke kenduri akikah turut disertai dengan bacaan yasiin untuk insan yang sudah pergi menghadap Illahi, Ibu buatkan untuk arwah Mak sekali, sewaktu yasiin dibaca sebak hati aku tak dapat aku ungkapkan, rindu yang teramat sangat, sewaktu marhaban, hati aku tersentuh akan kemerduan dzikir mereka. "Subhannallah.." itu saja yang terungkap di dalam hati ini. Tanpa aku sedar air mata aku mengalir. Kerinduan pada arwah semakin menebal. Ya Allah.. tidak aku lupa kemerduan marhaban itu. Aku bagaikan hayal, terawang-awangan mendengar dzikir itu, hingga tidak sedar ada mata yang memerhati..aduh, malu sudah. Heheh. Namun mereka hanya berdiam, tidak mungkin mereka mengerti hati ini, kerana masing-masing ada cerita tersendiri, sedih mahupun gembira..
Ramai tetamu yang hadir, alhamdullillah murah rezeki Ibu.. Senyuman aku terukir sepanjang kehadiran aku di rumah itu, rindu pada keluarga sendiri. Macam-macam ragam sepanjang aku disana. Digelar sebagai 'Labu-Labi' lah, bakal tunang lah, makcik win lah, hahaha sungguh manis kenangan itu. Jauh disudut hati ini aku sedih, rindu akan keriangan keluarga sendiri yang hilang bersama arwah. Sebelum aku masuk ke kolej, aku beritahu Abah tentang keputusan aku, biarpun dia tidak senyum tapi aku tahu di hati dia senyum keriangan dengan kejayaan aku, hati aku tersentuh tiap kali melihat Abah tersenyum, sungguh indah rasanya. Terasa Abah handsome sebenarnya!
Bila Tasha boleh tengok kehandsomeman dan ketawa Abah lagi??
Comments
Post a Comment