Kebodohan

Senyuman yang terukir dibibir belum pasti sama seperti di dalam hati. Takala mengenang yang jauh diri ini sunyi. Sunyi seakan tiada bahu tempat ku sandarkan. Hanya bergantung pada kekuatan dari Illahi. Sungguh sakit.. menjaga hati rela diri disakiti. Jauh di dalam hati ini masih menantikan sebuah keajaiban dari Nya. Biarpun jauh di mata sentiasa diingati di hati. Harus memilih diantara dua, tiada jawapan dari ku.  Tak mampu lagi air ini mengalir keluar. Sungguh ku tidak kuat..

Lupa aku akan kasih seorang Ibu dan anak. Azam menjaga orang tua adalah impian setiap anak yang beriman. Ya Allah aku cemburu, sungguh! air mata ini keluar tanpa diminta, sebak hati ini..aku sunyi.. Hampir hilang senyuman yang sering diukir palsu. Dengan mengingat kembali ada yang insan yang diluar sana yang lebih memerlukan dari ku, buatkan aku tenang kembali.. Semua ini tidak semudah yang disangkakan. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata, hanya teka-teki yang bermain. Masih diri ini bersyukur atas nikmat yang diberi. Pelbagai peperangan yang menanti di masa hadapan, sediakan perisai untuk melindungi diri.

Allah... Allah... Allah...bolehkah aku jaga Abah kelak? Sempatkah aku? Langit yang kelihatan mendung, ribut angin yang beriup kencang, masih cuba mengukir matahari di Bumi  mengharapkan cahaya matahari muncul membawa pergi hujan...

Comments

Popular posts from this blog

Tekanan adalah Motivasi

Terima Kasih

Hard Time