Nur Ramadhan
Tiada siapa yang meminta untuk kehilangan orang yang kita kasihi, tiada siapa yang inginkan insan yang kita cintai pergi jauh, tiada siapa yang mahu merasakan kehilangan. Sama juga seperti aku, aku juga takut akan kehilangan, apatah lagi setelah aku kehilangan seorang insan yang aku amat kasih dunia akhirat, Mak. Namun ajal jodoh rezeki Allah telah tetapkan sewaktu kita di dalam perut lagi, jodoh akan datang pada kita sebagaimana ajal datang pada kita, tiap sesuap yang masuk ke dalam mulut kita juga Allah telah tetapkan, bukankah sebaik-baik rancangan itu adalah rancangan Nya? Jadi tiada sebab kita ragukan Dia yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Cuma jalan kita tentukan, jalan jahat kita pilih, jahatlah yang kita dapat. Tuhan Maha Penyayang, Maha Pengasih, Hanya Tuhan tempat kembali, dan hanya Tuhan yang mampu kembalikan kesedihan itu kepada kebahagiaan.
Pada umur 19 tahun Allah berikan aku ujian sebesar itu, Allah menguji tahap keimanan aku, Allah uji dengan Allah memanggil Mak untuk pulang ke rumah Allah, sungguh tidak ku duga pemergiannya. Kehilangan arwah sangat buat aku lemah..sungguh lemah. Namun aku kuat akan kepercayaan aku pada Illahi, aku percaya Dia sudah merancang sesuatu untuk aku, iaitu kebahagiaan. 15 July 2015 adalah hari dimana aku diketuk lagi dengan dugaan dimana aku hampir kehilangan seseorang insan yang aku cintai dunia akhirat, Pada malam itu, hanya Allah yang tahu bagaimana bimbangnya hati ini disaat aku merasakan aku hampir kehilangan dia..
Allahuarkhbar, hanya itu yang mampu aku ungkapkan. Malam itu, aku bergegas ke Hospital Serdang tanpa berfikir panjang, perjalanan ke hospital, hati aku tidak berhenti berdoa agar dia selamat. Masih segar di telinga aku jeritan dia, jeritan yang sangat menghantui aku. Subbahanallah! Allahuarkbar! itu saja yang berbisik di dalam hati aku, melihat sendiri kesakitan yang dia alami, aku yang hanya melihat sudah tidak terdaya apatah lagi badan yang menanggung, Allah sungguh perit rasanya..aku hanya menangis didalam hati, Ibu menangis disisi aku, aku peluk Ibu berikan kekuatan takkan aku menangis di depan Ibu, aku kuat, cuba untuk kuat walhal hakikatnya tidak. Masa aku menunggu diruang menunggu Ibu sms aku "Awin teman Ibu ye malam ni teman Ibu jaga dekwan, biar kawan dua tu teman ayah", "Baik Ibu awin teman Ibu, macam mana dekwan Ibu?" jawab aku. Sewaktu aku menunggu diluar menantikan khabar, aku kalah dengan air mata. Air mata aku laju mengalir di pipi, Allah..Allah..Allah itu saja yang mampu aku ungkapkan. Aku telefon Kak Syira dan rakan-rakan rapat aku yang lain,namun semuanya gagal, aku akur semuanya sedang nyenyak dibuai mimpi. Ya Allah aku ibarat tak bernyawa, tekontang kanting aku pada malam itu, aku seakan hilang arah, aku buntu, aku tak tahu mahu luahkan pada siapa, akhirnya aku pergi ke surau mencari kekuatan. Dalam solat aku menangis sepuasnya..Hati aku berbisik, Ya Allah jika ini takdir Kau jika ini yang Kau tuliskan untuk aku, aku redha. Kau kuatkanlah aku, sungguh aku lemah! Kau selamatkanlah dia, ringankan derita dia. Kau berikanlah kekuatan pada dia dan keluarganya. Ya Allah, aku takut kehilangan untuk kali dua, sungguh aku takut! Allah apa yang Kau ingin tunjuk kan ? Jika dia pergi, tiada lagi peganti dia ya Allah, sungguh aku cinta dia kerana Mu,benar tiada yang seperti dia, sungguh benar! Jika dengan kehilangan dia adalah salah satu rancang Kau untuk kebahagiaan ku, aku redha. Ya Allah, aku bersyukur atas kebahagiaan yang Kau berikan untuk aku biarpun ini hanya persinggahan untuk aku... walaupun aku harus kehilangan dia dan Ibu..kau kuatkan lah mereka ya Allah, selamatkanlah Mohd Hazwan, aku mohon, Aku serahkan semuanya pada Kau, sungguhnya Kau sebaik-baik perancang...
Sewaktu ketiadaan dia, aku merasa sangat kosong. Hilang separuh jiwa aku, sungguh aku perlukan dia. Tiba-tiba Ibu call aku tanya kemana aku menghilang, aku beritahu aku solat sebentar tadi, Ibu ucapkan terima kasih sebab doakan untuk dekwan. Senyuman yang hanya mampu aku berikan pada Ibu, Ibu minta aku temankan dia di dalam wad kecemasan, sewaktu kami berdua, Ibu bercerita dengan aku siang tu, Ibu berat hati nak izinkan dia pergi berbuka dengan aku, namun biasalah namapun dekwan kan, degil dia macam batu cave dekat Gombak tu! dan Ibu harus akur dengan kedegilan dekwan yang degil jugak nak jumpa aku, dengan alasan aku sudah mahu mula belajar, padahal nak Dal.Kom tuh! haha. Aku mohon ampun pada Ibu, "Ibu awin mintak maaf kalau dekwan tak jumpa awin dia mesti kan macam ni, awin betul betul mintak maaf, kalau Ibu marah awin, silakan Ibu, kalau Ibu takkan awin kawan dengan dekwan awin tak marah Ibu, awin faham. Awin mintak maaf..", Ibu pegang tangan aku, dan mengatakan itu semua takdir tiada siapa yang salah..Allahuarkbar itu saja yang mampu aku lafazkan, tertunduk aku seketika..Selang beberapa minit kemudian, doktor memberi kebenaran pada kami untuk melihat dia, Allahuarkhbar! sakitnya ya Allah.. itu saja yang mampu aku bisik di hati..melihat dia menahan sakit, mengalir air mata aku dalam diam, Ya Allah adakah ini kerana aku? Aku kah punca dia begini? semuanya bermain dalam kepala aku. Aku senyum pada dia, tak mahu dia lihat kesedihan aku, aku bisik pada dia, jangan buat macam ni lagi, ya Allah sungguh aku takut kehilangan itu..
Dia perlu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kerana kekurangan pakar di Hospital Serdang. Lebih kurang 6pagi, sampai sahaja di HKL, aku lihat Ibu menangis lagi, aku dengar penerangan doktor pada Ibu, aku tahankan saja air mata ini, cuba tabahkan hati. Kakak minta aku tidur jika penat, tak mungkin aku dapat tidur dengan kerisauan aku Allah saja yang tahu, jika boleh gantikan saja aku ditempat dia, jikalau aku, tiada yang sedih..malah boleh aku jumpa dengan Mak..hehe
Sepanjang OT tidak putus hati aku ini berdoa agar dia selamat di dalam sana. Sewaktu aku menunggu aku dapat panggilan dari insan aku kasihi dunia akhirat, jatuh rebah aku..rasa seakan dunia ini tidak adil buat aku.. aku menangis sepuasnya, tiada bahu untukk aku sandar, aku lemah, aku tak kuat lagi, Allah apa yang Kau ingin tunjuk kan?? Apa yang Kau ingin duga pada ku?? Sungguh berat dugaan yang Kau berikan ya Allah..! Aku tak kuat...hati aku terus menerus membisik, air mata terus mengalir tanpa henti, sungguh aku rasa kosong. Merisaukan dia di dalam bertarung nyawa, aku diluar diduga lagi.. ya Allah kuatkan aku...Ibu memanggil aku, aku terduduk terdiam, kata-kata insan yang aku kasihi itu sungguh perit untuk aku, sungguh sakit untuk aku tahan, aku keluarkan yasin untuk tenangkan hati aku, masih mata ini mengalir. Cuba aku untuk senyum, dengan doa aku kuat, terkadang, seseorang lebih memilih untuk tersenyum, hanya kerana tak ingin menjelaskan mengapa dia bersedih..
Kerisauan, kesedihan, sakit aku Tuhan saja yang mengerti. Malah pada hari Raya pun aku bermuram, kalau orang tak tegur aku, aku akan berdiam diri, hingga kakak aku kata kita doakan yang terbaik untuk dia disana, jangan salahkan diri sendiri, in sya Allah dia baik-baik saja..
Allah tak kuat aku pada masa itu air mata ni keluar saja. Aku pergi ke kubur arwah Mak, aku menangis sepuasnya disitu, aku menceritakan semua pada Mak, seolah Mak ada mendengar luahan aku. bila aku sudah tenang baru aku pulang, pulang saja rupanya semua orang mencari aku, Opah ingat aku hilang hahah comel betul Opah tu.
Aku tak tahu macam mana nak berikan gambaran situasi masa itu, hati aku sedih pilu kosong..Seseorang terlihat kuat, tak berarti dia tak pernah bersedih. Dia bersikap seperti tak ada yang salah, tapi mungkin hatinya terluka.Tuhan maha penyayang, maha pengasih. Hanya Tuhan tempat kembali, hanya Tuhan yg mampu mengembalikan kesedihan menjadi kebahagiaan.
Hingga akhir ramadhan aku masih mencari kekuatan itu, hingga aku pergi mencari di rumah Allah, aku berjumpa dengan seorang rakan karib akhirat aku yang dia adalah seorang uztaz, aku ceritakan pada dia bahwa aku lemah, dan dia menasihati aku dengan ayat-ayat suci Allah, sungguh tenang aku rasa. Hingga aku tersedar bahwa aku rasa jauhnya Allah dari aku.. dan mungkin dugaan ini adalah cara Dia untuk dekatkan aku pada Nya lagi.. Wanita ini ibaratkan air suci, aku tekad tidak akan aku kotori air suci itu, semua ini rancangan Allah, aku yakin Dia sudah merancang sesuatu yang aku tidak tahu, bukankah Dia adalah sebaik-baik perancang??
Yakin aku pada Tuhan, kerana Dia buatkan aku kembali tersenyum biar pun senyuman itu adalah sakit untuk aku.. ALLAHUARKBAR..

Comments
Post a Comment