MATAHARI

Selamat Hari Raya ku ucapkan pada semua rakan-rakan blog dan pembaca yang setia menanti kisah yang seterusnya. Apa khabar? Sihat, alhamdullillah, syukur pada Allah. Tak sihat? syukur juga pada Allah. 

JULY-Ramadhan pada tahun ini kekosongan terasa begitu ketara, masing-masing sibuk dengan urusan dunia, seakan tiada waktu untuk bersama keluarga. Ya Allah rindunya aku pada ramadhan yang lepas...  tiada lagi bubur lambuk, tiada lagi keriangan waktu berbuka, semuanya hilang..hilang seperti dibawa pergi bersama arwah. Tiap kali aku pulang ke rumah tempat pertama aku akan pergi adalah dapur, aku tak pasti kenapa, seolah-olah aku mencari arwah di dapur akan tetapi itu semua hayalan aku. Teringat aku pada zaman kanak-kanak, pulang saja dari sekolah, aku akan cari Mak di dapur dan mula lah aku bercerita A sampai Z apa yang terjadi pada aku semasa di sekolah. Mak hanya mendengar, Ye, Mak adalah seorang pendengar yang setia, terumanya dengan aku, sebab kalau Mak buat tak endah aku akan merajuk. Hahah. Manja sungguh! Pernah sekali itu, aku bad mood, pulang saja ke rumah aku diam dengan hanya menonton tv. Mak tanya, " apa jadi dekat sekolah hari ni? Tak ada cerita?", hah bila sudah ditanya mula la aku bercerita.. hahah tersenyum aku bila teringat kembali. Kini semua itu sudah pergi bersama arwah, tiada lagi pendengar setia aku. Kehilangan arwah sangat membuat aku tabah, tabah dalam menghadapi dunia yang penuh cabar dan sentiasa berdiri di kaki sendiri. Ramadhan tahun ini, seperti tiada makna bagi aku. Kerinduan pada arwah semakin menebal. Tapi aku sedar aku masih mempunyai Abah Abang Kakak dan Adik yang sentiasa mengisi rasa kekosongan itu. Walaupun aku dan kakak sering mencuba untuk menyatukan keluarga, pasti tidak berjaya, kenapa? bila semua ahli ada, pasti salah seorang 

2minggu ramadhan Ibu menjemput aku berbuka di rumah Ibu, pilu hati ini Allah saja yang tahu. Aku sangat rindukan suasana keluargaan itu. Ibu mengajak aku tarawih bersama. Di dalam solat air mata aku tak berhenti mengalir, selesai saja solat aku terus masuk ke dalam bilik, hiba hati aku Allah saja yang mengerti, tatkala keluarga lain sedang bersama, aku hanya menumpang kasih keluarga lain. Allahu berat sungguh rasa ini. Aku redha jika kebahagian yang Allah hadirkan ini hanyalah satu persinggahan untuk aku.. aku tak dapat kawal air mata aku, aku tahu kakak dan Ibu perasan dengan mata bengkak aku, tapi mereka diamkan saja. Ya Allah pilunya hati ni bila ingat kambali, rindu sangat.. Moga Ibu dan keluarga di beri rahmat Allah, amin..Maaf  tak dapat aku beri gambaran perasaan aku ketika itu, gembira dan pilu semua nya aku rasa. 

Mungkin korang rasa aku hanya terlebih emosi, tapi aku nasihatkan, kepada yang masih mempunyai Ibu dan Ayah, hargailah mereka, luangkan masa bersama mereka, bila tiba kamu akan kehilangan mereka, kamu akan merindui..Hidup ini pilihan, apapun yang buat kamu sedih, tinggalkan. Dan apapun yang buat kamu tersenyum, jangan tinggalkan!




Comments

Popular posts from this blog

Tekanan adalah Motivasi

Terima Kasih

Hard Time