Posts

Showing posts from May, 2015

Persoalan

Friendship never end, Loves never get lost. Intan Hanim, Nurul Aisyah kalau aku khawin please be my bridesmaid! I want both of you to be there. Hahah its one of my future planing okay! Rindu itu fitrah manusia, uhm so this is how it feels.. Sayang , boleh didefinikan dalam pelbagai sudut. Cinta pula akan hadir bila kita sudah sayangi seseorang itu. Untuk pertama kalinya aku merasai fitrah cinta yang telah diberikan kepada manusia untuk kali ke 2, setelah aku hilang insan aku amat kasihi, Mak. Lepas aku kehilangan Mak, aku terkaku, dengan siapa aku boleh bermanja? siapa yang aku boleh luahkan perasaan? siapa yang dapat lapkan air mata aku tika aku sedih? siapa yang sanggup melayan ragam aku yang pelbagai ni? siapa yang akan perihatin tika aku sakit? Perginya Bonda yang tersayang buat aku takut untuk mendekati seseorang, takut akan kehilangan lagi orang yang aku cintai. Benar aku pernah bercinta, tapi hanya sekadar persahabatan, benar dia yang pertama mengajar aku rasa rindu dan sa...

Renungan Qalbu

Image
Assalamualaikum, awak sihat? Alhamdullillah kalau sihat, tapi kalau sakit, jangan lupa makan ubat,ya. Pada sebulan yang lepas, hati aku tergerak untuk mengikuti salah satu program anjuran Bakti Siswa di Kolej, menziarah rumah anak yatim di Kota Warisan. Pada mulanya aku hanya pergi sekadar untuk membahagiakan anak-anak yatim di sana, tapi tiba saja aku di rumah anak yatim, hati aku bertukar menjadi pilu, melihat keadaan mereka yang masih kecil diberi dugaan yang sangat besar, dimana tidak mungkin aku akan sekuat mereka jika aku diuji pada waktu sekecil itu. Mreka menyambut kedatangan kami dengan ssenyuman manis mereka, sangat comel! Setelah selesai semua aktiviti belah pagi, suai kenal, sukan neka dan tiba waktu makan tengah hari, aku tergerak hati untuk makan bersama mereka di luar khemah sedang rakan aku yang lain menjamu selera di dalam rumah anak yatim. Aku menyapa sekumpulan anak yatim yang asyik menikmati jamuan tengah hari, " Assalamualaikum, boleh akak makan sekal...

Niqab

Image
Niqab adalah suatu kain yang menutup bahagian muka kita dari pandangan orang, hanya menampakkan mata sahaja. Kenapa ramai muslimah memakai niqab? K ebanyakkannya kerana sunah Rasulullah.Tahukah isteri-isteri Rasulullah sendiri memakai niqab? Walaupun kita ni bukan isteri Rasulullah tapi in sya Allah kita cuba pertahankan pemakaian niqab ini. Memanglah memakai niqab ini tak wajib sebab muka bukan aurat, tapi kalau kita nak mencari cinta Allah, nak betulkan diri, ini adalah salah satu caranya. Untuk mengelakkan fitnah sebab wanita itu sendiri adalah satu fitnah. Untuk rasa nikmatnya menjadi seorang wanita muslimah, apa salahnya korang mencuba memakai niqab walaupun untuk sehari.  Ikhlas aku katakan, hati aku ni suka sangat tengok wanita yang menutup aurat dengan sempurna, walaupun mereka ni tak dipandang liar oleh lelaki. Tapi itu yang kita nak sebenarnya,mengelakkan pandangan yang jahat dari lelaki! Bila aku tengok wanita yang macam ni,yang pemalu, yang merendah diri, sopan sant...

Lakaran Illahi

Image
30 Oct 2014 terhentinya doa seorang Ibu.. Aku kehilangan seorang Ibu yang sangat aku kasihi. Sejak dari itu aku banyak dapat pengajaran dan memahami erti kasih seorang Ibu yang dahulunya aku tidak pernah terfikir kebesaran tanggungjawab yang dipikul seorang wanita yang bergelar Ibu yang pada akhirnya aku mengambil alih segala tugasannya.  " Allahuakbar.. " hanya itu ungkapan yang aku mampu ungkapkan. Akhirnya aku mengerti penat lelah seorang Ibu menguruskan rumah, tidak mudah untuk kita memuaskan hati seseorang. Ibu, dia lah yang sering memuaskan hati setiap anggota keluarganya. Malah aku sendiri tidak mampu lagi untuk puaskan hati keluarga aku, apatah lagi abah aku, dia sangat fussy. Aku berfikir sejenak, hebat Ibu aku, dia dapat puaskan hati abah aku! Sangat aku kagum. Abah aku sangat cerewet dengan kopi, minuman kegemaran dia. Aku sendiri tak dapat buat kopi yang dia suka, kurang manis lah, terlebih manis lah, kelakar. Aku sendiri tak minum kopi, bagi aku kopi sudah s...