Renungan Qalbu
Assalamualaikum, awak sihat? Alhamdullillah kalau sihat, tapi kalau sakit, jangan lupa makan ubat,ya.
Pada sebulan yang lepas, hati aku tergerak untuk mengikuti salah satu program anjuran Bakti Siswa di Kolej, menziarah rumah anak yatim di Kota Warisan. Pada mulanya aku hanya pergi sekadar untuk membahagiakan anak-anak yatim di sana, tapi tiba saja aku di rumah anak yatim, hati aku bertukar menjadi pilu, melihat keadaan mereka yang masih kecil diberi dugaan yang sangat besar, dimana tidak mungkin aku akan sekuat mereka jika aku diuji pada waktu sekecil itu. Mreka menyambut kedatangan kami dengan ssenyuman manis mereka, sangat comel!
Setelah selesai semua aktiviti belah pagi, suai kenal, sukan neka dan tiba waktu makan tengah hari, aku tergerak hati untuk makan bersama mereka di luar khemah sedang rakan aku yang lain menjamu selera di dalam rumah anak yatim. Aku menyapa sekumpulan anak yatim yang asyik menikmati jamuan tengah hari, "Assalamualaikum, boleh akak makan sekali?", "Boleh, akak duduk lah sini.." sahut adik Usnah. Sementara itu, ada adik-adik lelaki di sebelah aku bertanya, "Eh, akak makan sini? Kenapa tak makan dalam?" lalu aku menjawab dengan senyuman, "Saja, akak nak teman kamu semua makan tengah hari.."
Sewaktu asyik menjamu selesa, Usnah bertanya pada aku,"Akak nak keberapa? Akak duduk mana? Akak, Mak Ayah akak tahu ke akak datang sini?", Aku terdiam. Aku menjawab "Akak anak ke 3 dari 4 adik beradik. Akak duduk Klang, tahu ke Klang? hehe, Mak akak tak ada..", Usnah "Oh Klang? tak tahu, heheh. Mak akak pergi mana?", Aku terdiam, aku berdoa di dalam hati minta kekuatan, "Mak akak pergi rumah Allah, Allah sayangkan Mak akak..(senyum)", Haula (rakan Usnah) berkata "oh, masa lah dengan dia ni kak (sambil menunding jari pada adik Wawa), dia ni pulak dia tak tahu siapa Mak Ayah dia, sebab dari 2tahun dia ada dekat sini, Ustzah jumpa dia. Akak tak sedih Mak akak meninggal?" Aku terkejut dengan keterangan Haula, aku menjawab "Tak, mula-mula memang akak sedih sangat, rasa macam kehilangan sangat, tapi akak kuat sebab arwah Mak akak pergi hari Jumaat, dan akak tahu Allah sayangkan arwah" Aku tak mahu menyedihkan keadaan jadi aku tanya pada mereka, "Raya balik rumah? Haula ada rumah lagi kan?", Haula menjawab, "Tak balik, masa Mak hantar masuk sini Mak tak datang-datang pun bawak balik.."
Allahuakhbar.. itu yang bermain dalam kepala aku, menurut Ustazah di rumah anak yatim itu, ada segelintir mereka di hantar kerana kemiskinan keluarga, namun ada juga di antaranya di hantar kerana kehilangan keluarga yang tersayang. Ingin saja aku kongsikan pengalaman aku disini, kerana ini adalah kenangan yang amat terindah bagi aku selama 20tahun hidup. Hanya Allah yang tahu kesedihan aku, kepada sesiapa yang masih mempunyai Ibu atau Ayah, jagalah mereka selagi mereka bernafas, mereka tidak minta harta atau wang, tapi cukup hanya perhatian dari anak-anaknya. Aku rindu dengan panggilan Ibu, Mak.. jika aku mempunyai mertua, akan aku anggap mertua itu sebagai Ibu aku sendiri, in sya Allah. (Harap mertua baik hihi),
Mak.. disini orang akan selalu berdoa untuk Mak,berdoa agar Mak ditempatkan yang paling indah disana! Mak..amanlah disana, tunggu orang ok...


Comments
Post a Comment