Persoalan

Friendship never end, Loves never get lost. Intan Hanim, Nurul Aisyah kalau aku khawin please be my bridesmaid! I want both of you to be there. Hahah its one of my future planing okay! Rindu itu fitrah manusia, uhm so this is how it feels..

Sayang, boleh didefinikan dalam pelbagai sudut. Cinta pula akan hadir bila kita sudah sayangi seseorang itu. Untuk pertama kalinya aku merasai fitrah cinta yang telah diberikan kepada manusia untuk kali ke 2, setelah aku hilang insan aku amat kasihi, Mak. Lepas aku kehilangan Mak, aku terkaku, dengan siapa aku boleh bermanja? siapa yang aku boleh luahkan perasaan? siapa yang dapat lapkan air mata aku tika aku sedih? siapa yang sanggup melayan ragam aku yang pelbagai ni? siapa yang akan perihatin tika aku sakit? Perginya Bonda yang tersayang buat aku takut untuk mendekati seseorang, takut akan kehilangan lagi orang yang aku cintai. Benar aku pernah bercinta, tapi hanya sekadar persahabatan, benar dia yang pertama mengajar aku rasa rindu dan sayang. Tapi dia juga ajar aku kesakitan dalam bercinta. Sejak itu, Arwah Mak selalu pesan, biar kita cintakan seseorang itu kerana Allah. Macam mana? Jika kita ikhlas sayangkan dia, tegur dan saling mengingati tentang halal haram. Jaga hubungan itu sepaya tidak kearah kemaksiatan..doa sebagai tanda cinta akan seseorang..

Aku jatuh cinta dengan pandangan pertama? Entah-lah.  Pada mulanya aku fikirkan itu hanya mainan  perasan. Maklumlah hati manusia ini senang tergoda bukan? Aku terus berdoa pada-Nya, hanya Dia tempat aku mengadu selepas kehilangan Arwah. Tikar sembahyang itu lah tempat aku tenang, disitu juga tempat aku menangis, Malahan, baca al-Quran pun aku menangis. Kenapa itu, biarlah hanya aku dan Dia yang tahu. Aku takut nak bercinta. Aku takut kehilangan. Ya aku tahu people come and go, tapi aku mengharapkan mereka datang dan setiasa bersama aku susah dan senang, biarlah hanya ajal yang memisahkan kita. Aku terfikir, siapa yang akan merindui aku bila aku tiada..? Aku harap, aku dapat kenali siapakah SUAMI aku dan aku dapat lepaskan rasa rindu pada Mak dengan adanya mertua sebelum ajal menjemput aku.. 

#aku tak tahu kenapa aku merepek ni, HAHAHA

Comments

Popular posts from this blog

Tekanan adalah Motivasi

Terima Kasih

Hard Time