Lakaran Illahi

30 Oct 2014 terhentinya doa seorang Ibu..
Aku kehilangan seorang Ibu yang sangat aku kasihi. Sejak dari itu aku banyak dapat pengajaran dan memahami erti kasih seorang Ibu yang dahulunya aku tidak pernah terfikir kebesaran tanggungjawab yang dipikul seorang wanita yang bergelar Ibu yang pada akhirnya aku mengambil alih segala tugasannya.
 "Allahuakbar.." hanya itu ungkapan yang aku mampu ungkapkan. Akhirnya aku mengerti penat lelah seorang Ibu menguruskan rumah, tidak mudah untuk kita memuaskan hati seseorang. Ibu, dia lah yang sering memuaskan hati setiap anggota keluarganya. Malah aku sendiri tidak mampu lagi untuk puaskan hati keluarga aku, apatah lagi abah aku, dia sangat fussy. Aku berfikir sejenak, hebat Ibu aku, dia dapat puaskan hati abah aku! Sangat aku kagum. Abah aku sangat cerewet dengan kopi, minuman kegemaran dia. Aku sendiri tak dapat buat kopi yang dia suka, kurang manis lah, terlebih manis lah, kelakar. Aku sendiri tak minum kopi, bagi aku kopi sudah sememangnya pahit! walaupun ada gula. haha

Aku seorang pelajar dan juga seorang gadis yang biasa, tidak begitu pandai, tidak secantik Nora Danish. Aku hanya gadis bandar yang haus kasih seorang Ibu. Pemergian Ibu aku tidak mematahkan semangat aku malah pemergian arwah sangat memberi hikmah, Benar, memang benar tiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Selepas pemergian arwah semuanya berubah. Abah semakin memahami dan rapat dengan kami, dan kami adik-beradik semakin akrab! walaupun ada selisihan faham di antara kami. Paling aku bersyukur, Abah dan adik-beradik aku semakin dekat dengan Illahi. Alhamdullillah. 

Selepas kehilangan arwah, kakak aku menjadi tulang belakang keluarga. "Allahuakhbar.." itu yang mampu aku ungkap, sebab kakak sulung aku walaupun dia hanya seorang wanita, dia sangat kuat dan tabah. Kalau aku ditempat dia belum tentu aku akan sekuat itu. Aku yang hanya 20tahun masih baru untuk kenal dunia ini. Dunia sememangnya mempunyai cabaran. Jika kita lemah kita akan jatuh dan ditindas. Kakak aku 26tahun dia tabah pikul tanggungjawab menjadi tulang belakang keluarga. Sehingga aku sendiri menangis bila aku kenangkan penat lelahnya mencari wang untuk keluarga dan juga adik-adiknya. Aku dan adik bungsu aku masih belajar, adik di Melaka dan aku di Sepang. Ye memang Abah ada, tapi Abah aku hanya seorang  pemamdu teksi, dan kakak abang aku yang menjadi tulang belakang keluarga. Abang aku baru saja mula berdepan dengan cabaran dunia. 
Aku setiap 2minggu sekali aku akan pulang ke rumah, dan di situ mula lah tugasan aku menjadi seorang sru rumah separuh masa! Hihih

Jumaat petang selepas selesai kuliah Abah akan ambil aku di asrama. 1jam dari Kolej aku ke rumah. Sampai saja di rumah aku mulakan "Operasi" dengan basuh semua kain busuk dalam rumah tu! Boleh dapat 4kali basuh tau, tapi guna mesin basuhlah. Lepas selesai, kalau kakak aku tak masak, aku lah yang masak. Kakak akan pulang jam 10. Jadi dengan adanya aku walaupun yang hujung minggu, dengan cara ni aku dapat ringankan tulang, at least kakak tdapat rehat kalau aku ada. Aku tak pernah merungut buat semua kerja rumah, bagi aku itu saja yang aku mampu bantu, kerana cukuplah Abah Kakak dan Abang mencari rezeki untuk keluarga dan untuk sara aku dan adik yang belajar ni, Biarlah sampai orang kata mam bibik. Aku buat semua keran Allah dan keluarga aku, aku ikhlas. Sampaikan aku malu nak minta duit untuk makan, apatah lagi buku kan? pernah aku sampai RM4 yang tinggal, Tapi tetap minta, aku paksa mulut ni minta duit. 

Apa pun aku percaya tiap dugaan yang Allah beri ini ada sebabnya. Allah Maha Mengetahui. Aku kuat kerana keluarga aku, Aku kuat kerana Allah swt..

Comments

Popular posts from this blog

Tekanan adalah Motivasi

Terima Kasih

Hard Time