Kental
Bismillah..
Alhamdullillah Allah swt berikan aku semangat untuk terus bangun dan hadapi tiap dugaan Nya dengan sabar. Allahuakbar! Itu yang sering ku ungkapkan. Allah sememangnya perancang yang sangat sempurna. Hari ini aku akan bangkit dari GAGAL. Muhasabah diri adalah jalan yang baik. Ia penting untuk kekal positif!
Bagi aku, kita sebagai manusia memang sudah fitrah, pada suatu tahap akan berasa sangat lemah, jatuh dan tidak bersemangat namun siapa sangka adalah kalanya kita tanpa sedar rasa sangat bersemangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak.
Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana untuk menguruskan kemahuan diri dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa. Sekarang aku mulakan langkah dengan 'vision board'. Apakah itu? satu jenis koleksi gambar atau list apa-apa perkara yang buatkan kamu rasa ingin mencapainya dalam hidup. Ye, apa sahaja!!
Senyum dan terus senyum itu adalah ubat kesedihan. Biarpun ia hanya pura-pura tapi ia kan beransur keikhlasan. Rancangan Allah sangat membahgiakan aku biarpun itu sangat sakit dan pahit untuk aku tapi aku tahhu Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Walaupun kita tidak mengetahui apa yang tersirat dan tersurat..yang masih samar di mata kasar kita, namun pada penghujungnya kita akan tahu sesuatu yang menanti dihadapan tanpa kita duga kehadirannya itu adalah sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup kita. Jadi tidak salah untuk kita sentiasa berfikiran positif dalam sesuatu masalah mahupun perkara yang sulit.
Allah itu maha mengetahui dan adil bukan?
Alhamdullillah..
Comments
Post a Comment