Posts

Al Ihsan

Al Ihsan ialah melakukan perbuatan yang baik. Dalam  syariat didefenisikan dengan "melaksanakan aturan syariat perbuatan yang baik. Bersikap al Ihsan pada orang yang telah menyakiti kita sukar untuk kita lakukan. Kepedihan di hati sukar untuk kita pulihkan dalam jangka masa yang singkat, dan tanpa mendahulukan kemaafan sukar untuk kita sebagai hamba yang lemah untuk berbuat baik kepada mereka. Namun begitu, hati ini sentiasa cuba untuk mengingati dan menanam sifat al Ihsan, Allah SWT pernah berfirman: ".....dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. [ al Baqarah/2:195]." Moga Allah mendengar bisikan hati ini. InsyaAllah dengan kekuatan yang diberi aku cuba membaiki diri yang serba serbi kekurangan ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui..

Sejenak

Kadang-kadang kita terlupa apa yang dapat membahagiakan orang disekeliling kita. Semua itu kerana kita terleka dengan perkara yang buatkan kita bahagia tapi tidak mereka. Kenapa tidak 'balanced'-kan? What we give we get back. Dont we? "Apa yang kita inginkan, itu yang kita berikan pada orang lain." Itu yang selalu aku lakukan. Jujur memang tidak semua apa yang kita harapkan itu kita akan dapat, tapi tidak salah untuk mencuba. Cuba hingga letih. Bila letih harus berehat dan terus cuba lagi.. Sentiasa senyum..

Tekanan adalah Motivasi

Kekadang sesuatu perkara yang kita anggap itu adalah bebanan bagi hidup sebenarnya tidak. Itu adalah jalan untuk menuju ke arah kejayaan, sebuah impian yang telah lama dicipta. Suatu tekanan yang membawa kepada tekanan-dorongan kepada motivasi. Jika kita berfikir secara matang dan lebih terbuka insya Allah kita akan melihat hikmah disebaliknya. Setiap perkara yang berlaku adalah rancangan oleh Allah swt, Dia Maha Perancang, Maha Menentukan, bukan? Jadi siapa kita nak meragui dengan kebesaran-Nya.  Selama 20tahun aku dibesarkan, selepas arwah meninggalkan kami sekeluarga membuatkan aku sedar, sekeras mana sekalipun dicampak diherdik bagaimana cara pun ia akan lembut juga hati itu jika ada usaha, doa dan keikhlasan disitu insya Allah. 

Small Talk

Assalammualaikum, Kekadang kita perlu belajar sesuatu yang baharu, sesuatu yang mungkin akan buat kita lemah tapi ada akan kekuatan itu dipenghujung yang samar di mata kasar. Melepaskan sesuatu yang bukan hak kita adalah sesuatu yang sukar bila kita sangat takut kehilangan akan nya. Tapi Tuhan lebih mengetahui bukan? Bukankah Dia Maha Mengetahui? Subbahanallah sungguh besar kuasa Allah.. Aku mengambil keputusan untuk berkorban. Korban untuk kebahagian orang sekeliling dan juga mungkin diri aku kelak. Aku mungkin akan menanti di tempat lain, kerana mungkin penantian aku itu akan lebih bermakna. Tempat penantian aku sekarang.. sangat sukar untuk aku, bukan maksud untuk melarikan diri, tapi lebih pada untuk menenangkan diri.  Aku ikhlas apa yang berlaku. Alhamdullillah, aku harap semua ini bakal berakhir....

Kental

Bismillah.. Alhamdullillah Allah swt berikan aku semangat untuk terus bangun dan hadapi tiap dugaan Nya dengan sabar. Allahuakbar! Itu yang sering ku ungkapkan. Allah sememangnya perancang yang sangat sempurna. Hari ini aku akan bangkit dari GAGAL. Muhasabah diri adalah jalan yang baik. Ia penting untuk kekal positif! Bagi aku, kita sebagai manusia memang sudah fitrah, pada suatu tahap akan berasa sangat lemah, jatuh dan tidak bersemangat namun siapa sangka adalah kalanya kita tanpa sedar rasa sangat bersemangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana untuk menguruskan kemahuan diri dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa. Sekarang aku mulakan langkah dengan 'vision board'. Apakah itu? satu jenis koleksi gambar atau list apa-apa perkara yang buatkan kamu rasa ingin mencapainya dalam hidup. Ye, apa sahaja!!...

Terima Kasih

Terima kasih pada semua yang pernah hadir dalam diri ini. Sungguh tidak ku lupa dalam ingatan ini. Syukur ku pada Illahi atas kesakitan yang diberi, ku harap sakit ini menjadi lebih sakit daripada hati yang sakit, agar aku dapat lupakan rasa sakit hati ini utuk selamanya, rela aku sakit selamanya jika itu akan buatkan aku bahagia dan lebih bersyukur.  Tak pernah aku terfikir aku akan sebahagia ini, Allah sungguh besar nikmat Kau. Kau hadirkan insan yang istimewa selepas Kau ambil Kasih seorang Ibu, dan Kau gantikan aku kegembiraan ini. Alhamdullillah... Namun sakitnya...sakit hati ini.. Tidak mampu aku untuk berkata, hanya air mata yang menjadi teman.. Harap hari esok akan menjadi hari yang gembirakan aku... :)

Hard Time

I'm stronger because I had to be, Im smarter because of my mistake, happier because of the sadness I've known and now wiser because I learned..The feelings that I tried to ignore. Its hard for me to look it back..Ya Allah jika kesakitan ini buatkan aku dekat dengan Kau aku redha.. Tapi jika ini membuatkan aku makin hilang akan senyuman aku, buatkan aku makin jauh.. Please save me.. Steps by wicked steps I'd through these... Air mata menjadi teman malam..Perkara yang terjadi tanpa diduga sangat menguji. Aku tak tahu apa persaan aku sekarang, matikah hati aku? atau masih cuba menguatkan diri.. semuanya hanya terpendam di dalam diri ini..  Harap masih ada matahari untuk aku..