Posts

Showing posts from July, 2016

Al Ihsan

Al Ihsan ialah melakukan perbuatan yang baik. Dalam  syariat didefenisikan dengan "melaksanakan aturan syariat perbuatan yang baik. Bersikap al Ihsan pada orang yang telah menyakiti kita sukar untuk kita lakukan. Kepedihan di hati sukar untuk kita pulihkan dalam jangka masa yang singkat, dan tanpa mendahulukan kemaafan sukar untuk kita sebagai hamba yang lemah untuk berbuat baik kepada mereka. Namun begitu, hati ini sentiasa cuba untuk mengingati dan menanam sifat al Ihsan, Allah SWT pernah berfirman: ".....dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. [ al Baqarah/2:195]." Moga Allah mendengar bisikan hati ini. InsyaAllah dengan kekuatan yang diberi aku cuba membaiki diri yang serba serbi kekurangan ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui..