Tekanan adalah Motivasi
Kekadang sesuatu perkara yang kita anggap itu adalah bebanan bagi hidup sebenarnya tidak. Itu adalah jalan untuk menuju ke arah kejayaan, sebuah impian yang telah lama dicipta. Suatu tekanan yang membawa kepada tekanan-dorongan kepada motivasi. Jika kita berfikir secara matang dan lebih terbuka insya Allah kita akan melihat hikmah disebaliknya. Setiap perkara yang berlaku adalah rancangan oleh Allah swt, Dia Maha Perancang, Maha Menentukan, bukan? Jadi siapa kita nak meragui dengan kebesaran-Nya. Selama 20tahun aku dibesarkan, selepas arwah meninggalkan kami sekeluarga membuatkan aku sedar, sekeras mana sekalipun dicampak diherdik bagaimana cara pun ia akan lembut juga hati itu jika ada usaha, doa dan keikhlasan disitu insya Allah.