Posts

Showing posts from September, 2015

Hijrah

Hijrah dari segi bahasa adalah berpindah. Dari segi istilah, perpindahan Rasulullah SAW berserta sahabat-sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib ( Madinah ) 13tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul. Penghijrahan aku disini bukan sehebat sebesar penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Awalnya aku mulakan niat hijrah aku pada 3tahun yang lalu, Alhamdullillah semakin lama aku mulakan langkah sikit demi sedikit aku melangkah, yang dahulunya berpakaian ketat dan aku longgarkan, dahulunya tudung tidak menutup dada, aku melabuhkannya. Indah sungguh Islam itu.. Terima kasih pada Kambing dan sahabat aku yang sentiasa memberi dorongan pada aku. Tanpa kamu, tidak aku sekuat itu.. Niat aku hanya untuk Allah, dan aku harap dengan penghijrahan aku ini pemulaan untuk aku terus menghampiri Dia yang Esa..Sungguh rancangan Dia lebih baik..

Hawa

Paling besar dalam wanita adalah hati.. Seorang Isteri hatinya dekat pada Suami dan Anak-anak.. Namun lebih sentiasa pada Suami.. Pahitnya rasa jika hati itu dikecewakan, disakiti.. Jatuh tersungkur tidak dapat menahan berat yang dipikul.. Tersenak sebentar tanpa kata.. Hati kosong tanpa rasa.. Hanya Allah ku minta.. Manusia yang pelbagai ragam, pelbagai jenis manusia, hai manusia.. Terdiam seribu kata.. Mengharapkan keajiban dari Nya Mengharapkan masih ada kekuatan yang terbaki untuk terus bangun Kesedihan yang dihentam lagi Sakitnya.. Langkah demi langkah Yang sangat sakit untuk dipijak Masih cuba.. Cuba.. dan cuba.. Redha menerima hakikatnya Hati sukar untuk difahami Jika takdir menentukannya Buka hati untuk menerima.. Terbayang masa depan itu.. Ya Allah, Allah, Allah.. Mana pergi cahaya itu?

Setia

Bismillah.. Belajar memang melelahkan namun akan lebih melelahkan lagi bila saat ini kamu tidak belajar.. Malah impian tidak akan menggerakkan seseorang untuk maju, alasan kuat dibalik impian itulah yang menggerakkannya.. Itulah yang sering aku sematkan didalam diri ini, hargai masa ini, masa sekarang ini sebelum ia pergi... Aku tahu Allah berikan ujian ini kerana aku mampu, rela disakiti, malah bukan saja aku semua hambaNya diuji dengan pelbagai cara, MasyaAllah adil sungguh Allah swt. Dengan ujian ini sangat mengajar aku untuk berdiri dikaki sendiri dan positif dalam segala hal, in sya Allah. Walaupun zahirnya senyuman yang terpancar dibibir, namun hati aku menangis. Mujur Kambing setiasa setia berikan senyuman kambingnya pada aku hehe. Biarlah aku berikan senyuman pada orang sekeliling aku, orang yang aku sayang walaupun hati ini sakit dan menangis, tapi itu dapat buatkan aku lupa segala hal. Aku tahu Allah akan jaga hati aku in sya Allah.  Ingatlah, setiap yang terjadi...